Shaklee Prosante untuk Rambut Menawan

Shaklee Prosante untuk Rambut Menawan

Sebagaimana kita memotong, mewarna dan mendandan, rambut kita mencerminkan mood kita, aktiviti dan sentiasa berevolusi tentang diri kita. Lelaki seperti juga wanita mengalami kerosakan rambut.  Manakala 50% dari lelaki akan mengalami masalah berkaitan penipisan rambut dalam hidup mereka, 40% wanita juga akan mengalami tanda ketara masalah berkaitan penipisan rambut pada umur 35 tahun.


Rambut setiap orang akan sentiasa mengalami kerosakan disebabkan oleh diet yang tidak baik, kurang nutrisi,  proses kimia (mewarna,  keriting dan meluruskan rambut), ditambah pula dengan stress kehidupan yang meningkat dan kekangan masa.

Oleh itu,  Prosante dari Shaklee memberi penyelesaian kepada dua masalah biasa rambut: Kerosakan dan Penipisan

Untuk jangkamasa hampir setengah abad, Shaklee telah menerajui dunia saintifik dalam memahami bagaimana untuk menyuburkan tubuh dan kulit kita. Kini, kepakaran yang tiada bandingannya telah diaplikasikan kepada penjagaan rambut, dengan satu pendekatan yang eksklusif dan semulajadi,  untuk menangani punca masalah rambut: kulit kepala.

Ujian klinikal yang meluas telah menunjukkan sistem penjagaan rambut Prosante secara semulajadi mengurangkan kehilangan rambut sewaktu bersikat, meningkatkan ketebalan, mengurangkan kerosakan untuk semua jenis rambut.  Sistem Prosante tidak menanggalkan atau mengeringkan rambut anda dan sebenarnya membantu rambut mengekalkan kelembapan dan melawan kerosakan.  Keputusannya adalah rambut yang menawan, berseri, cantik dan sihat.

Satu sistem mudah, fleksibel yang mampu anda peribadikan untuk memenuhi keperluan rambut anda didalam semua situasi.

Setiap rambut memerlukan rutin berbeza di dalam mencuci, pemulihan keadaan dan perlindungan dari kerosakan agar sentiasa kelihatan hebat tak kira musim ataupun cuaca. Direka untuk tidak menanggalkan warna atau kelembapan dari rambut, setiap produk Prosante menampilkan "Scalp Health Complex Shaklee" yang eksklusif, satu formulasi klinikal, ramuan 10 vitamin, mineral dan herba. Digunakan sebagai satu sistem lengkap, Prosante menyokong kulit kepala yang optimum dan mengekalkan rambut yang sentiasa kelihatan hebat.

Masalah rambut bermula dengan kulit kepala

Dengan keadaan optima kulit kepala, rambut anda akan mengalami kitaran semulajadi yang terdiri dari fasa-fasa aktif dan rehat.
Walaubagaimanapon kesan biasa stress dalaman dan luaran mampu menutup atau menekan folikel rambut, memendekkan fasa aktif bebuli rambut dan keadaan ini akan mempengaruhi lebih banyak bebuli mengalami fasa berehat lanjutan. Lama-kelamaan, hasilnya adalah rambut halus, lemah dan sukar diurus.
  • Kerosakan rambut akibat proses mendandan. Bahan kimia dari pewarna, perm dan rebonding, dan ditambah dengan haba dari alat pendandan akan menjadikan rambut rosak, pecah dan regang serta kusam dan pincang.
  • Serangan dari alam sekitar seperti cuaca yang sangat panas, cahaya UV dari matahari dan cahaya dalaman serta pelbagai pencemaran udara dan air mampu menekan folikel dan seterusnya merosakkan rambut, menjadikannya lemah dan mudah pecah.
  • Stress. Seharian menjalani kehidupan dan keadaan yang stress akan menyebabkan folikel rambut kekurangan zat dan "letih" menjurus kepada semakin banyak rambut yang "berehat" dan rambut yang kurus, nipis dan rapuh.
  • Kerosakan oksidatif. Jika tidak dibendung, radikal bebas akan memulakan pelbagai kerosakan, ketidakselesaan, gatal-gatal atau minyak berlebihan.

Apa yang TIADA Dalam Prosante?

  • Tiada natrium lauryl sulfat(SLS)atau natrium laureth sulfat(SLES)
  • Tiada cocamide DEA atau lauramide DEA
  • Tiada minyak yang menyebabkan liang rambut tersumbat
  • Tiada propilen glikol
  • Tiada quaternium glikol
  • Tiada bahan pengawet ‘penderma formaldehyde’(seperti imidazolidinyl urea atau diazolidinyl urea)
  • Tiada warna atau bahan pengawet
  • Tidak mengeringkan,menanggalkan
  • Tidak menyebabkan folikel rambut tersumbat

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Post a Comment

 

Copyright © 2015 Reserved to nfatine